UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Norhayati Abdul Latif
Title :Pemupukan kreativiti dan motivasi dalam meningkatkan keyakinan diri pelajar berasaskan modul PIS (IR)
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2013
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan bagi menilai amalan kreatif bagi pelaksanaan projek sains menggunakan Modul Projek Inovasi Sains (Modul PIS). Pelaksanaan projek menggunakan Modul PIS bertujuan memupuk kreativiti, motivasi serta keyakinan diri. Kajian melibatkan 53 orang pelajar tingkatan empat aliran sains yang mengambil mata pelajaran Biologi di sebuah sekolah di Daerah Kinta Utara. Reka bentuk kajian kes digunakan dalam kajian ini. Analisis terhadap Senarai Semak Amalan Kreatif, Borang Penilaian Kendiri, dokumen dan pemerhatian digunakan untuk menilai amalan kreatif Soal selidik digunakan untuk menilai motivasi dan keyakinan diri. Modul PIS dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan melibatkan tiga orang pelajar bagi setiap kumpulan. Dapatan menunjukkan min indikator bagi amalan kreatif bagi setiap fasa proses kreatif terarah menunjukkan keputusan yang signifikan dengan Fasa Persediaan 95.4%, Fasa Imaginasi 89.6%, Fasa Perkembangan 78.2% dan Fasa Tindakan 77.8%. Begitu juga motivasi dan keyakinan diri pelajar yang menunjukkan keputusan yang signifikan. Kedua-dua nilai min bagi motivasi dan keyakinan diri pelajar adalah 4.18. Kesimpulannya pelaksanaan projek menggunakan Modul PIS mampu memupuk kreativiti dan motivasi serta keyakinan diri pelajar. Berdasarkan dapatan ini disarankan pihak sekolah menggunakan Modul PIS bagi pelaksanaan projek sains di sekolah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)